Sabtu, 1 Julai 2017

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran pembelajaran merujuk kepada keadaan fizikal tempat murid belajar dan guru mengajar. Persekitaran fizikal mempengaruhi pembelajaran murid dan pengajaran guru. susun atur, pengurusan, kepadatan, dan warna bilik darjah secara tidak langsung mendorong tingkahlaku murid dan guru.

 Kesan tingkahlaku murid
terhadap persekitaran pembelajaran yang kondusif :
  • Interaksi positif dikalangan murid.
  • Agihan bahan dan peralatan mencukupi.
  • Membantu perkembangan motor halus dan motor kasar.
  • Mendidik murid bertanggungjawab menyimpan bahan dan peralatan ditempat yang betul. 
 Kesan tingkahlaku guru terhadap persekitaran pembelajaran yang kondusif :
  • Kemudahan bahan dan peralatan yang diperlukan murid.
  • Memudahkan guru mengajar
  • Suasana persekitaran yang menarik dan kondusif.
  • Keperluan personal dan profesional perlu dipenuhi untuk keselesaan guru mengajar.
Kanak-kanak akan merasa selesa dalam persekitaran yang mesra dan ceria dari segi susun atur ruang dalam dan luar kelas. Peralatan perabot yang digunakan hendaklah bersesuaian dan keperluan kanak-kanak. Pemilihan bahan pengajaran meliputi bahan teknologi dapat mempengaruhi perkembangan kognitif dan interaksi kanak-kanak. Persekitaran yang kondusif dapat mendorong inisiatif pembelajaran yang positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan