Ahad, 21 Mei 2017

PENGENALAN ICT KEPADA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Adakah ICT dapat membantu kanak-kanak?


      ICT mampu membantu kanak-kanak dalam pembelajaran bagi meningkatkan perkembangan kreativiti dan kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan ICT. Selain itu, ICT  juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan lebih tekun dan membuat mereka berasa seronok ketika belajar.


     "Kanak-kanak pada masa kini membesar dalam textual landscape dimana mereka mempunyai pelbagai cara berinteraksi dan bermain  dengan aktif didalam persekitaran permainan komputer, telefon bimbit dan dunia virtual. Kajian - kajian penggunaan ICT pada kanak-kanak peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan." Burnett 2010


     Dengan adanya penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara lansung membantu kanak-kanak  meningkatkan lagi proses fahaman mereka ketika belajar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan