Sabtu, 27 Mei 2017

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

  Penggunaan ICT membantu dalam proses p&p mampu meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Ia dapat membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran
dan guru dapat membuat persiapan dengan lebih awal dalam proses p&p. Selain itu, proses p&p akan lebih menarik dan berkesan dengan menggunakan alat seperti powerpoint, radio, visual dan lain-lain. Ia akan menjadikan proses p&p lebih aktif serta mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Dengan menggunakan ICT guru dapat mempelbagaikan proses p&p agar dapat menarik minat dikalangan murid untuk belajar.

  Dengan adanya penggunaan ICT dalam kalangan guru yang mengajar di tadika, dapat memberi peluang pembelajaran yang sama rata kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan. Disamping itu, ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajahi dunia teknologi. Melalui internet mereka juga dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

  Justeru itu, dengan penggunaan ICT murid-murid dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan pantuan guru serta meningkatkan lagi kemahiran kreativiti murid-murid. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan