Khamis, 15 Jun 2017

PUNCA MASALAH BAHASA

Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa. Terdapat kanak-kanak yang lambat memperolehi bahasa  daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.


Selain itu, masalah aphasia pula merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula dan memberi makna kepada simbol-simbol bahasa. Aphasia berpunca daripada kerosakkan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak.

Gangguan proses auditori pusat juga merupakan masalah bahasa. Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab otak tidak dapat menterjemah maklumat yang diterima daripda telinga dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan