Selasa, 30 Mei 2017

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PDP KANAK-KANAK

Penggunaan ict dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil sesuatu pdp. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan lebih awal dalam proses pdp.

Proses pdp akan lebih menarik sekiranya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam pdp. Hal ini menjadikan proses pdp lebih aktif serta mewujudkan suasana yang menyeronokkan.


Mempelbagaikan proses pdp bukan hanya tertumpu kepada teknik pembelajaran bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan kemudahan ict. Ict menyediakan pelbagai kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif.

Melalui penggunaan ict dalam pdp guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari.

Ict juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil untuk dilaksanakan dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan